Thursday, 15 October 2015

Cara Merahkan bibir

Nak Merahkan Bibir


Dengan Bahan yang ada di dapur rumah?


 


Berikut kami kupaskan untuk anda cara mudah memerahkan bibir secara alami..


 


Memerahkan bibir akhir-akhir ini menjadi perbincangan penting buat para wanita.


Dengan bibir yang merah merekah pasti menambah kesan seksi.


cara memerahkan bibir 1


Namun untuk mendapatkan bibir yang merah merona tidak semudah menghembuskan nafas,


sebab kebanyakan wanita yang bibirnya merah itu dibantu oleh lipstik dan alat kosmetik.


Kalau begitu,adakah anda ingin terus tergolong dan bergantung kepada alat kosmetik sahaja? Ofkos lah tak sangat kan…haaa meh sini nak bagi petua



  • MADU



    cara memerahkan bibir 2


Selain bagus untuk kesihatan tubuh, madu juga dapat memerahkan bibir anda secara semulajadi.


Usapkan madu ke bibir setiap hari secara rutin.


Biarkan 15 minit, kemudian cuci dengan air suam.


Ataupun boleh dibiarkan di bibir sepanjang malam dengan menyapu ke bibir setiap malam sebelum tidur.


 


  • Limau Nipis

cara memerahkan bibir 3


Limau nipis selain dapat digunakan untuk menghilangkan jerawat,


limau nipis merupakan salah satu cara memerahkan bibir.


Limau nipis dapat memudarkan warna hitam pada bibir.


Siapkan air perasan jeruk nipis sebanyak 2 sudu dan air suam 2 sudu.


Campurkan air perahan limau nipis dan air suam, dan campurkan.


Sapu ke bibir anda dan biarkan 10-15 minit.


Bilas menggunakan air suam.


 


  • Minyak Zaitun

cara memerahkan bibir 4


Campurkan madu atau gula dengan beberapa titis minyak zaitun.


Usapkan campuran minyak zaitun tersebut pada bibir anda.


Tunggu dan bilas dengan air bersih


 


  • Air Mawar

cara memerahkan bibir 5


Air mawar dapat membuat bibir merah tanpa menggunakan lipstik.


Usapkan air mawar pada bibir sebelum hendak tidur.


Cara menggunakan air mawar ini dapat dilakukan setiap hari.


 


  • Tomato

cara memerahkan bibir 6


Caranya ambil tomato lalu usapkan buah tomato ke bibir secara rutin.


Penggunaan secara rutin akan memberikan kesan yang lebih maksima.


 


  • Lidah Buaya

cara memerahkan bibir 7


Ambil gel lidah buaya lalu usapkan ke bibir.


Ingat ye perlu dilakukan secara rutin baru akan nampak kesannya.


 


  • Kunyit Hidup

cara memerahkan bibir 8


Kunyit yang merupakan tanaman rempah-ratus, juga memiliki manfaat untuk cara memerahkan bibir.


Campurkan kunyit dengan 1 sudu susu.


Campur sampai rata dan usapkan ke bibir selama kurang lebih 5 minit, dan bersihkan dengan air.


Banyakkan meminum air masak supaya badan tidak dehidrasi.


Ia juga dapat meningkatkan kesihatan kulit dan memerahkan bibir secara semulajadi.


 



Cara Merahkan bibir

No comments:

Post a Comment