Thursday 5 November 2015

CINTA JARAK JAUH

Kerjaya suami punca utama cinta jarak jauh perkahwinan anda?


 


Ustazah Norbaiyah


ada Rahsia macamana nak bagi hubungan cinta kekal mewangi


 


Asalamualaikum pembaca sekalian,


disini saya ingin berkongsi sedikit info mengenai petua untuk mengeratkan hubungan


suami isteri menurut ustazah siti nurbahyah..


 


Menurut beliau Petua 8P

Ustazah Siti Nur Bahyah berkata,


1) P yang pertama ialah ‘puji’

iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.


 


2) Katanya, P kedua ialah ‘peluk’


yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.



3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’

di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


 



4) ‘Perhatian’ adalah P keempat


yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau – Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.



5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’



6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’

suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi iaitu pasangan mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.



7) Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’

 


di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. (pilih percutian didalam Malaysia ada banyak tempat romantic)



8) Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’

iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.



Ustazah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.


Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.


“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.


 



CINTA JARAK JAUH

No comments:

Post a Comment